BERITA SEMASA

Kontroversi pemain warisan: FAM sudah kemuka rayuan kepada CAS

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) membabitkan isu dokumentasi tujuh pemain warisan.

Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, CAS menetapkan bahawa pihak peguam yang mewakili FAM mempunyai tempoh 10 hari sehingga 18 Disember ini untuk mengemukakan hujahan bertulis lengkap.

“FAM sudah mengemukakan pernyataan rayuan kepada CAS berhubung hukuman
Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ke atas badan induk ini serta tujuh pemain warisan Harimau Malaya.

“FAM menegaskan komitmen penuh untuk melalui proses ini secara profesional, telus dan menghormati semua prosedur perundangan yang ditetapkan. Segala perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bulan lalu, FIFA mendedahkan alasan penuh keputusan Jawatankuasa Rayuan setebal 64 muka surat susulan daripada keputusan jawatankuasa berkenaan pada 3 November lalu yang menolak rayuan daripada FAM dan tujuh pemain terbabit.

Keputusan itu menyaksikan hukuman denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta) yang dikenakan ke atas FAM oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA pada September lalu kekal, manakala tujuh pemain terbabit digantung 12 bulan serta dikenakan denda CHF2,000 (RM10,000) setiap seorang.

Tujuh pemain itu adalah Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button