SUKANBERITA SEMASA

Piala FA: Kuching City kejutkan Selangor FC di suku akhir pertama

KUCHING – Naib juara Liga Super 2023, Selangor FC dikejutkan dengan kekalahan 2-1 menentang Kuching City dalam perlawanan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Bandaraya, di sini, sebentar tadi.

Selangor FC menunjukkan taring apabila penyerang import mereka Roni Fernandez menjaringkan gol awal susulan tangkapan kurang kemas daripada penjaga gol Kuching City, Shahril Sa’ari memberikan kelebihan untuk pasukan pelawat.

Walau bagaimanapun pada lewat di separuh masa pertama, pertahanan Kuching City, James Okwuosa, menyamakan kedudukan selepas berlaku kucar-kacir perebutan di hadapan gol Selangor FC.

Susulan itu, gol penyamaan tersebut memberikan semangat kepada pasukan tuan rumah untuk menambah gol.

Pada separuh masa kedua, pemain-pemain Kuching City mendapat tonik baru untuk berjuang memburu gol apabila mereka kerap kali memberikan asakan bertali arus kepada pertahanan Selangor FC.

Serangan demi serangan yang dilakukan akhirnya membuahkan hasil apabila bekas pemain Terengganu, Jordan Mintah mudah menjaringkan gol untuk memberikan kelebihan buat pasukan tuan rumah susulan kekeliruan yang berlaku di bahagian pertahanan Selangor FC.

Kekalahan itu meletakkan Selangor dalam keadaan yang sukar untuk perlawanan timbal balik di Stadium Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ).

Skuad Nidzam Jamil perlu memperbaiki strategi dan meningkatkan prestasi jika mahu mara ke peringkat seterusnya dalam Piala FA.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button