JENAYAH & MAHKAMAH

[VIDEO] 21 penyokong berarak sambil bakar suar di ‘Drawbridge’ positif dadah

KUALA TERENGGANU – Seramai 21 daripada 33 penyokong pasukan Selangor FC yang direman kerana berarak dan membakar suar di Jambatan Angkat Kuala Terengganu, di sini semalam didapati positif dadah.

Menurut Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairudin, kesemua mereka adalah lelaki berusia 17 hingga 43 tahun positif dadah jenis THC atau ganja.

“Tiga suspek disyaki memiliki ganja seberat 19.1 gram dan erimin 5 (0.37 gram). Mereka disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(2) akta sama,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu (IPK), di sini hari ini.

Tambahnya, sembilan lagi individu ditahan kerana memiliki 70 suar bernilai RM7,500 dan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 serta Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Katanya, sebanyak 54 daripada 70 suar tersebut dibakar sewaktu berarak di atas Jambatan Angkat Kuala Terengganu atau Drawbridge.

“Enam daripada 33 suspek itu merupakan pelajar institusi pengajian tinggi, manakala seorang lagi pelajar sekolah menengah. Kesemua mereka direman selama empat hari sehingga Khamis ini,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button