Budak lelaki 3 tahun maut terjatuh dari tingkat 11 pangsapuri di Sepang
SEPANG – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 11, Horizon Suites, Bandar Baru Salak Tinggi, di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 5.54 pagi.
Menurutnya, mangsa berbangsa Melayu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, proses bedah siasat terhadap mangsa telah selesai dijalankan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.
Tambahnya ketika kejadian, ibu bapa mangsa berada di rumah.
Dalam pada itu, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kejadian berkenaan.
Individu yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohamad Farizi Ramlee menerusi talian 014-314 5347 bagi membantu siasatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








