SUKANBERITA SEMASA

Piala FA: Pemain dijangkiti COVID-19, permohonan TFC tunda perlawanan bertemu Sabah ditolak

KUALA TERENGGANU – Penolong Jurulatih, Badrul Afzan Razali mengambil alih tugas sementara untuk mengemudi pasukan Terengganu FC dalam perlawanan suku akhir pertama Piala FA menentang Sabah FC esok.

Dalam kenyataan rasmi Terengganu FC, keputusan itu berikutan Ketua Jurulatih, Tomislav Steinbruckner telah disahkan positif jangkitan COVID-19 dan terpaksa berehat daripada aksi penting itu.

“Tomislav telah disahkan positif jangkitan COVID-19 setelah pulang dari perlawanan Liga Super di Kuching, Sarawak tempoh hari. Walaubagaimanapun beliau berada dalam keadaan stabil dan hanya perlu menunggu tempoh kuarantinnya tamat.

“Penolong Jurulatih, Badrul Afzan Razali telah diberikan tugas untuk mengendalikan pasukan bagi perlawanan esok dan Tomislav menegaskan beliau percaya apa yang telah dirancang sebelum ini dapat direncanakan dengan baik oleh penolongnya itu pada malam esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Walau bagaimanapun, situasi bertambah sukar apabila Terengganu FC kehilangan lapan pemain utama yang turut disahkan dijangkiti COVID-19.

Dalam pada itu katanya, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu FC, Mohd Sabri Abas mengesahkan pihak kelab telah memohon kepada Malaysian Football League (MFL) untuk menangguhkan perlawanan esok, namun ditolak.

“Selepas mengadakan perbincangan dengan pihak Sabah FC, permohonan penangguhan terpaksa dibatalkan atas faktor kerugian yang bakal dihadapi pihak lawan termasuk penjualan tiket, tempahan hotel dan kehadiran penyokong,” jelasnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button