BERITA SEMASA

Murid SK Tasek Utara juara Hippo English Without Borders 2026 di Qatar

PUTRAJAYA – Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tasek Utara, Wan Harizz Wan Abdul Qayyum mencipta kejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai johan Hippo English Without Borders 2026 di Doha, Qatar.

Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi satu kenyataan mengucapkan tahniah kepada Wan Harizz atas pencapaian tersebut yang disifatkan sebagai bukti anak Malaysia mampu bersaing dan mengungguli pertandingan di peringkat antarabangsa.

“Pencapaian ini membuktikan anak Malaysia mampu bersaing dan unggul pada peringkat antarabangsa,” katanya dalam satu hantaran di lamam Facebook hari ini.

KPM berkata, pihaknya akan terus memberikan sokongan kepada Wan Harizz yang bakal membawa nama Malaysia ke peringkat seterusnya apabila mewakili negara pada World Final di Spoleto, Itali pada September ini.

Kejayaan itu sekali gus menjadi kebanggaan buat warga sekolah, keluarga serta negara, selain membuktikan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid Malaysia mampu diketengahkan di pentas dunia.

KPM turut berharap kejayaan Wan Harizz menjadi inspirasi kepada lebih ramai murid untuk berani mencabar diri, meningkatkan penguasaan bahasa dan mengejar kecemerlangan di peringkat antarabangsa.

“Syabas dan teruskan usaha dan bawa nama Malaysia ke peringkat lebih tinggi,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button