Pelajar 10A termasuk A– layak ke Matrikulasi – Fahmi Fadzil
PUTRAJAYA – Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh 10A, termasuk gred A–, layak penempatan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, perkara itu diperjelaskan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung semalam.
“Semua pelajar cemerlang yang memperoleh 10A, termasuk gred A–, akan dipertimbangkan untuk program matrikulasi.
“Tidak timbul isu hanya pelajar dengan gred A+ sahaja diterima. A– juga diambil kira dan insya-Allah mereka akan diberikan penempatan sekiranya membuat permohonan,” katanya pada sidang media hari ini.
Beliau menegaskan kelayakan ke program tersebut tidak bersifat eksklusif kepada pelajar yang memperoleh semua A+ semata-mata.
Langkah itu selaras dengan komitmen kerajaan memastikan akses pendidikan pra universiti diberikan secara adil dan saksama kepada semua pelajar berprestasi tinggi, tanpa mengira latar belakang atau kaum.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















