BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Remaja hilang selepas tidak hadir ke pusat tuisyen

ALOR SETAR – Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dilaporkan hilang selepas didapati tidak hadir ke sebuah pusat tuisyen di Hutan Kampung, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, remaja terbabit, Nur Shifa Tasnim Zurni disedari hilang oleh ibunya pada hari kejadian.

Beliau berkata, berikutan itu, ibu mangsa membuat laporan polis untuk memaklumkan kehilangan remaja berkenaan.

“Polis menerima laporan kehilangan remaja itu pada jam 3 petang, Sabtu lalu.

“Remaja itu mempunyai ketinggian 156 sentimeter (sm) dan memiliki berat badan 50 kilogram (kg) dan memiliki kulit cerah.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa boleh menyalurkan maklumat dengan tampil balai polis berhampiran atau terus berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Noor Izwa Rohaizat di talian 04-7747222 bagi membantu siasatan, ” katanya seperti dilaporkan Buletin TV3 malam tadi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button