JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki warga asing diburu, teman wanita melecur disimbah asid

KUALA LUMPUR – Polis sedang giat memburu seorang lelaki warga asing yang dipercayai menyimbah cecair berasid terhadap teman wanitanya sehingga menyebabkan mangsa melecur dalam kejadian di PJS4, Petaling Jaya pada Selasa lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham di antara suspek dan mangsa, yang juga wanita warga asing berusia lingkungan 20-an serta bekerja di sebuah kedai makan.

“Mangsa kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, beberapa saksi telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button