SUKAN

Piala FA: Negeri Sembilan pesta gol, hampiri suku akhir

SEREMBAN – Negeri Sembilan meletakkan sebelah kaki ke suku akhir Piala FA Malaysia 2025/26 selepas membelasah PDRM 5-0 dalam aksi pusingan 16 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.

Skuad Jang bermula garang apabila hanya memerlukan dua minit untuk membuka jaringan menerusi sepakan percuma Jovan Motika yang menewaskan penjaga gol lawan, Ifwat Akmal.

Motika sekali lagi membuktikan ketajamannya pada minit ke-40 sebelum Joseph Esso menambah derita PDRM dengan gol ketiga pada penghujung babak pertama untuk kedudukan 3-0.

Masuk separuh masa kedua, barisan pertahanan Sang Saka Biru cuba memperkemas corak permainan namun tidak mampu mengekang asakan tuan rumah.

Pemain gantian dari Jepun, Mio Tsuneyasu, mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-75 bagi gol keempat Negeri Sembilan.

Tujuh minit kemudian, Esso melengkapkan kemenangan bergaya 5-0 selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) mengesahkan gol keduanya dalam perlawanan tersebut.

Kemenangan itu memberi bekalan selesa buat Negeri Sembilan menjelang aksi timbal balik menentang PDRM.

Dalam satu lagi aksi pusingan 16, Kelantan The Real Warriors turut mencatat kemenangan 3-1 ke atas Kuala Lumpur City (KLC) di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Kedua-dua perlawanan itu akan ditentukan sepenuhnya dalam aksi timbal balik akan datang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button