POLITIK

PAS NS desak MB segera adakan Sidang DUN

JEMPOL – PAS Negeri Sembilan mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun supaya segera mengadakan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Fairuz Mohd Isa berkata, penangguhan Sidang DUN berkenaan akan hanya menimbulkan persepsi negatif terhadap kerajaan negeri serta menjejaskan keyakinan rakyat terhadap integriti pentadbiran, lapor Kosmo.

“Pas Negeri Sembilan mendesak agar Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun untuk membuka DUN untuk perbahasan.

“Ini bagi memberi ruang kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk berbahas secara telus, matang dan demokratik berhubung perkembangan politik serta isu perundangan semasa yang semakin membimbangkan rakyat.

“Sidang Dewan yang terbuka amat penting sebagai platform rasmi bagi meneliti kedudukan sebenar pentadbiran negeri, mempertahankan keluhuran Perlembagaan serta memastikan setiap keputusan dibuat berasaskan undang-undang dan kepentingan rakyat,” katanya, hari ini.

Jelas beliau lagi, selaku Menteri Besar, Aminuddin perlu bertindak segera dengan penuh tanggungjawab demi memelihara kestabilan politik negeri dan menjunjung prinsip demokrasi berparlimen.

Pada 23 April lalu, Sidang DUN Negeri Sembilan ke-15 dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan sepatutnya bersambung pada 27 sehingga 29 April namun diputuskan ditangguh hingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button