Kertas siasatan kematian Muhammad Idlan Fareeq dirujuk ke AGC hari ini
KUALA PILAH – Kertas siasatan berhubung kes kematian pelajar Tingkatan Dua, Allahyarham Muhammad Idlan Fareeq Shahril di sebuah sekolah di daerah ini akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, pegawai penyiasat akan menemui pihak berkenaan bagi mendapatkan arahan lanjut.
Terdahulu, permohonan sambungan reman terhadap suspek pertama diluluskan selama enam hari bermula 2 hingga 10 Oktober.
Manakala, suspek kedua pula disambung akan berakhir 9 Oktober. Kedua-dua suspek berusia 16 tahun.
Sementara itu, polis juga masih menunggu keputusan ujian toksikologi bagi membantu melengkapkan siasatan kes berkenaan.
Dalam kejadian pada 25 September lalu, Muhammad Idlan Fareeq dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai dibuli dan mengalami kecederaan parah dalam kejadian yang berlaku di asrama sebuah sekolah di daerah Kuala Pilah.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







