
Mayat dalam simen: Punca kematian dipercayai akibat tekanan pada leher
SHAH ALAM – Kematian wanita yang mayatnya ditemukan disimen dalam sebuah rumah di Kampung Pendamar Fasa Satu, Pandamaran, Klang baru-baru ini, dipercayai berpunca daripada tekanan pada lehernya.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dapatan itu hasil bedah siasat yang dilaksanakan pihak Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA), hari ni.
Proses bedah siasat mangsa mengambil masa selama dua jam bermula pukul 10 pagi tadi.
“Mangsa merupakan wanita berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun. Proses pereputan mayat adalah perlahan kerana keadaannya tertanam dalam simen,” katanya, hari ini.
Hussein turut memberitahu, salah seorang suspek dipercayai telah kembali ke negara asal pada September tahun ini manakala seorang lagi masih berada di dalam negara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














