JENAYAH & MAHKAMAH

Polis reman guru tuisyen bantu siasatan kes gangguan seksual

BATU PAHAT – Seorang guru pusat tuisyen direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual melibatkan dua pelajar perempuan di sebuah pusat tuyen, di sini.

Majistret Aimi Nawwar Mohamad Othman mengeluarkan perintah reman terhadap suspek berumur 32 tahun itu bermula hari ini.

Terdahulu, polis menerima laporan daripada ibu salah seorang mangsa yang mendakwa anak perempuannya berusia 6 tahun diganggu secara seksual oleh suspek.

Siasatan awal mendapati, kejadian dipercayai berlaku antara pukul 7 malam hingga 8 malam, Rabu lepas, sewaktu kelas yang dikendalikan oleh suspek di sebuah pusat tuyen di Taman Bukit Perdana.

Kes itu terbongkar selepas salah seorang mangsa pulang ke rumah lalu menceritakannya kepada ibu bapa beliau.

Polis menahan suspek yang masih belum berkahwin itu semalam dan merampas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipercayai merakam kejadian berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button