Penemuan rangka manusia di ladang sawit, polis minta orang ramai bantu kenal pasti identiti
SLIM RIVER – Orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga, saudara atau rakan diminta tampil membantu siasatan berhubung penemuan rangka manusia di sebuah ladang sawit dekat Ladang Bukit Besout, Jalan Kuala Slim-Slim River, petang Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, rangka itu ditemukan orang awam yang dalam perjalanan ke kebun berhampiran ladang sawit berkenaan.
“Polis menerima maklumat penemuan rangka manusia daripada orang awam kira-kira jam 5.13 petang Ahad lalu.
“Siasatan dibuat dengan bantuan sepasukan unit K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan menjumpai hampir keseluruhan rangka manusia kecuali kedua belah tapak tangan.
“Rangka itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan.
Mohd Hasni berkata, kes setakat ini diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut sehingga keputusan bedah siasat selesai.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat atau membuat laporan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Raja Nabila Raja Abdul Samad di talian 012 2854320 atau berhubung dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







