Nahas Hornet TUDM: Enjin pesawat dihantar ke Butterworth
KUALA LUMPUR – Enjin pesawat pejuang F/A-18D Hornet Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas di Kuantan, baru-baru ini akan dibawa ke Butterworth untuk pemeriksaan terperinci.
Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Muhammad Norazlan Aris berkata, pihaknya kini sedang dalam proses membersihkan sisa pesawat di lokasi nahas di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah.
Untuk rekod, landasan sama turut turut digunakan oleh Pangkalan Udara Kuantan.
“Enjin tersebut akan dibawa ke Pangkalan Udara Butterworth untuk siasatan dan analisis terperinci.
“Baki serpihan pesawat akan dibersihkan dari kawasan berkenaan dalam tempoh satu atau dua hari akan datang,” katanya, hari ini.
Nahas yang berlaku pada pukul 9.15 malam Khamis lalu itu menyebabkan sebuah pesawat Hornet musnah sama sekali.
Bagaimanapun, juruterbang dan pengendali persenjataan pesawat malang tersebut berjaya menyelamatkan diri dengan melenting keluar.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







