Pekerja bank terselamat dalam kemalangan langgar tiang lampu, kenderaan rentung
JASIN – Seorang pekerja bank berdepan detik cemas apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya terbabas sebelum merempuh tiang lampu di pembahagi jalan dan terbakar di Jalan Gapam–Bemban, semalam.
Kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu melibatkan mangsa berusia 51 tahun yang berjaya menyelamatkan diri daripada kenderaan yang kemudian terbakar sepenuhnya.
Ketua Polis Daerah Jasin, Lee Robert berkata, siasatan awal mendapati kenderaan jenis Subaru XV itu dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar tiang lampu.
“Akibat kemalangan itu, kenderaan terbabit terbakar dan mangsa sempat keluar menyelamatkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana gagal mengawal kenderaan hingga menyebabkan kemalangan.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, kebakaran memusnahkan kira-kira 90 peratus kenderaan tersebut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








