BERITA SEMASA

PDRM akan buat siasatan terperinci kemalangan korbankan anggota FRU – Shamsul Anuar

LENGGONG – Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca kemalangan yang mengorbankan sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dengan lori muatan batu di Jalan Sungai Lampam, Teluk Intan pagi tadi.

Dalam masa yang sama, Timbalan Menteri KDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, KDN turut mengucapkan takziah kepada keluarga anggota FRU yang terkorban dalam kemalangan itu.

Beliau juga berkata, PDRM akan mengambil langkah-langkah sewajarnya termasuk soal kebajikan keluarga anggota yang terkorban.

“Siasatan akan dibuat oleh polis mengikut prosedur operasi standard (SOP). Saya zahirkan ucapan takziah keluarga mangsa.

“Saya yakin keupayaan pihak polis untuk membuat siasatan dan ambil langkah-langkah sewajarnya. KDN ambil berat hal ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Pondok Polis Kampung Beng, di sini hari ini.

Dalam kejadian pagi tadi, seramai lapan anggoita FRU terbunuh di tempat kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital.

Lima lagi mangsa dilaporkan parah, manakala empat lagi mengalami kecederaan ringan.

Difahamkan, kesemua mereka sedang dalam perjalanan pulang ke Ipoh setelah selesai menjalankan tugasan Op Chariot, di sini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button