Pendaki Malaysia maut jatuh di lereng batuan
CORTINA D’AMPEZZO, Itali – Seorang pendaki warga Malaysia, Dr Khaw Bee Ling ditemukan maut setelah dipercayai terjatuh ketika sedang melakukan aktiviti di kawasan Croda del Becco di utara Cortina d’Ampezzo.
Laporan media Itali berkata, jasad Bee Ling, 60, ditemukan pasukan mencari di lereng batuan berkenaan pada 19 Julai.
Menurut Antenna Tre, siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai telah tersasar dari laluan di bahagian Belluno pada 18 Julai dan cuba meredah kawasan berbatu curam dan licin sebelum terjatuh sejauh 100 meter ke dalam rekahan.
Difahamkan, mangsa sempat menghantar mesej kepada rakannya memaklumkan dia tersesat dan memerlukan bantuan, namun komunikasi itu kemudiannya terputus.
Operasi mencari kemudiannya dilaksanakan dengan penglibatan pelbagai aset termasuk helikopter, dron berimej termal, dan unit anjing pengesan.
Lokasi pencarian berjaya dikecilkan menerusi bantuan penyedia rangkaian yang memberikan data lokasi telefon bimbit.
Jasad mangsa yang tersepit di celahan batuan kemudiannya berjaya dikesan 19 Julai lepas.
Difahamkan, jasad mendiang kemudiannya di hantar ke rumah mayat di bandar ini untuk diuruskan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








