Pak Lah tokoh politik berintegriti tinggi, bersih – Hamzah
Pemergian Alahyarham kehilangan besar buat negara
KUALA LUMPUR – Pemergian Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan satu kehilangan besar buat negara, lebih-lebih lagi beliau dikenali sebagai tokoh politik berintegriti tinggi dan bersih hingga digelar ‘Mr Clean’.
Ketua Pembangkang. Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya berkata, gelaran itu mencerminkan keperibadian Allahyarham atau lebih dikenali sebagai Pak Lah yang penuh ketulusan dan keikhlasan dalam memimpin negara.
“Berita kehilangan Pak Lah yang saya anggap seperti guru dalam dunia politik benar-benar meruntun jiwa kerana saya rapat dengan beliau.
“Pak Lah yang saya kenali benar-benar merupakan Mr Clean,” katanya dalam hantaran tersebut, hari ini.
Hamzah turut berkongsi kenangan peribadi bersama Allahyarham yang dianggap bukan sekadar pemimpin tetapi sebagai guru dalam mendidik ilmu agama kepadanya.
Tambah beliau, Tun Abdullah meninggalkan legasi besar untuk negara antaranya pelaksanaan Islam Hadhari, koridor ekonomi, pemerkasaan industn halal dan sektor pertanian serta pembangunan modal insan yang akan sentiasa dikenang dalam lipatan sejarah Malaysia.
Dan segi politik, rekod pencapalan Pak Lab pada Plihan Rala Umum (PRU) 2004 cukuphebat dan sukar ditandingi oleh mana-mana perdana menteri.
Semoga ALLAH merahmati dan menempatkan roh beliau dalam kalangan mereka yang beriman,” katanya lagi.
Bekas Perdana Menteri ke-5 itu meninggal dunia pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (UN), Kuala Lumpur, pada pukul 7.10 malam semalam.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








