Allahyarham Ishsham Shahruddin selamat dikebumikan
IPOH – Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Allahyarham Ishsam Shahruddin, 58, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia pada pukul 11 pagi, hari ini.
Jenazah dikebumikan selepas disolatkan di Masjid An Nur Desa Sri Ampang pada pukul 9.45 pagi tadi.
Kira-kira 300 kenalan, ahli parti politik dan keluarga hadir pada upacara pengebumian.
Antara yang hadir ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid.
Allahyarham Ishsam meninggal dunia selepas rebah ketika bermain bola sepak dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang sekitar pukul 6 petang semalam.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat anak. Selain bergelar ADUN, beliau pernah berkhidmat sebagai Naib Presiden serta Penolong Pengurus skuad senior Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








