BERITA SEMASADALAM NEGERI

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, meninggal dunia hari ini pada usia 84 tahun.

Pemergian Allahyarham disahkan oleh ahli keluarga terdekat.

Difahamkan, solat jenazah akan diadakan di Musolla Taman Selatan, Presint 20, Putrajaya selepas waktu solat asar sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Putrajaya, Presint 20.

Allahyarham meninggalkan balu, Hamidah Choong Abdullah serta empat orang anak.

Dilahirkan di Kepala Batas, Pulau Pinang, Allahyarham menyertai perkhidmatan kehakiman dan perundangan pada Mei 1969 dan berkhidmat selama lebih dua dekad.

Sepanjang tempoh itu, beliau memegang pelbagai jawatan termasuk majistret, Presiden Mahkamah Sesyen, Penolong Pengarah Biro Bantuan Guaman serta Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi.

Kerjaya beliau terus meniti kemuncak apabila dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 1992, sebelum dinaikkan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 2002 dan seterusnya Hakim Mahkamah Persekutuan pada tahun berikutnya.

Pada September 2007, Allahyarham dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan sebelum mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara pada 11 Disember tahun sama. Beliau bersara daripada jawatan tersebut pada Oktober 2008.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button