Bekas Presiden Persatuan Artis Veteran Malaysia meninggal dunia akibat kanser hati
KUALA LUMPUR – Pelakon, model dan pengacara era 1970-an, Tumiran Mohd Kasdi atau lebih dikenali sebagai ‘Datuk Tommy’ dilaporkan meninggal dunia malam tadi akibat kanser hati.
Bekas Presiden Persatuan Artis Veteran Malaysia itu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.41 malam.
Pemergian Allahyarham Tumiran pada usia 73 tahun disahkan anak beliau, Nani Zarina.
Sepanjang hayatnya, Allahyarham dikenali sebagai antara wajah popular dunia hiburan sekitar era 1970-an, dengan penglibatan dalam pelbagai drama televisyen selain aktif sebagai model dan pengacara.
Menurut Nani, jenazah bapanya dibawa ke Masjid Bukit Antarabangsa (MBA) untuk dimandikan dan dikafankan pada pukul pagi tadi.
“Solat jenazah berlangsung sekitar pukul 10 pagi sebelum Allahyarham dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana untuk dikebumikan,” kata Nani memetik laporan Astro Awani.
Ketika hayatnya, Allahyarham Tumiran pernah berkhidmat dengan syarikat penerbitan Utusan Melayu sebagai wartawan selain aktif dalam dunia lakonan, pengacaraan dan bidang peragaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








