LUAR NEGARA

Spiderman Yaman maut jatuh dari kawah gunung berapi

SANAA – Seorang pendaki yang digelar ‘Spiderman’ maut selepas terjatuh ketika melakukan aksi ekstrem di lereng kawah gunung berapi setinggi 120 meter di Haradhat Damt, wilayah Dhamar.

Ketika kejadian, aksi mangsa, Al-Qa’qa’ Antar turut dirakam sahabatnya untuk dijadikan kandungan media sosial.

Menurut sumber tempatan, mangsa mendaki tebing curam kawah berkenaan tanpa sebarang kelengkapan keselamatan sebelum hilang keseimbangan dan terjatuh ke dasar kawah.

Pasukan penyelamat yang tiba di lokasi berdepan kesukaran untuk menjalankan operasi mencari dan membawa keluar mangsa berikutan bentuk muka bumi yang sukar serta kewujudan air sulfur di dasar kawah tersebut.

Operasi mengambil masa beberapa jam sebelum mayat mangsa berjaya dibawa naik.

Al-Qa’qa’ sebelum ini dikenali sebagai pendaki bebas yang aktif menghasilkan video aksi berbahaya di tebing batu dan kawasan gunung berapi di Yemen, sekali gus meraih jutaan tontonan di media sosial dengan gelaran ‘Spiderman Yaman’.

Kematiannya mengundang kesedihan dalam kalangan pengikutnya di media sosial yang menyifatkan beliau sebagai berani, namun pada masa sama tragedi itu kembali membuka perbincangan mengenai risiko ekstrem aktiviti pendakian tanpa peralatan keselamatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button