
Pramugari Malaysia Airlines meninggal dunia ketika bertugas
KUALA LUMPUR – Seorang pramugari syarikat Penerbangan Malaysia (Malaysia Airlines) meninggal dunia ketika sedang transit di Tokyo, Jepun.
Menurut Malaysia Airlines dalam satu kenyataan, anak kapal kabinnya itu dikenali sebagai Norzana Hanim Hamzah.
Katanya, Norzana sedang bertugas di Tokyo Narita dan dijadualkan mengendalikan penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
“Syarikat penerbangan sudah berhubung dengan keluarga Norzana dan akan memberi sokongan kepada mereka dalam masa yang sukar ini.
“Doa kami bersama keluarga dan rakan-rakan Norzana,” katanya hari ini.
Terdahulu, laman Facebook yang didedikasikan untuk kru kabin di seluruh negara memaklumkan, Norzana meninggal dunia sebelum tiba di Malaysia.
“Punca kematian masih belum dapat dipastikan, tetapi laporan yang belum disahkan daripada komuniti krew MH mendakwa dia mungkin terjatuh ketika bersiap untuk penerbangan pulang,” menurut catatan itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








