Perlindungan cap dagangan kini aset strategik perniagaan
KUALA LUMPUR – Perlindungan harta intelek khususnya cap dagangan kini bukan lagi sekadar keperluan undang-undang, sebaliknya menjadi aset strategik yang mampu menentukan nilai, reputasi dan kelangsungan sesebuah perniagaan dalam pasaran global.
JCIP International, firma perunding harta intelek berpangkalan di Kuala Lumpur, menekankan kepentingan syarikat melindungi jenama sejak awal sebelum berkembang ke pasaran antarabangsa bagi mengelakkan risiko seperti kehilangan hak jenama, pertikaian undang-undang dan kos penjenamaan semula.
Pengasas dan Pengarah Urusan JCIP International, Joyi Cheah berkata, ramai pemilik perniagaan hanya memberi perhatian terhadap harta intelek selepas berdepan masalah seperti mendapati jenama mereka telah didaftarkan pihak lain di luar negara atau menghadapi tuntutan pelanggaran.
“Melindungi cap dagangan bukan sekadar mendapatkan sijil pendaftaran, tetapi melindungi masa depan perniagaan. Jenama yang kukuh memerlukan strategi perlindungan yang sama kukuh,” katanya.
Menurut beliau, JCIP International mengamalkan pendekatan berasaskan strategi perniagaan dengan memahami objektif komersial pelanggan sebelum membangunkan pelan perlindungan jenama.
Katanya, strategi cap dagangan perlu mengambil kira rancangan pengembangan syarikat, perkembangan jenama serta risiko yang mungkin berlaku apabila memasuki pasaran baharu.
Beliau berkata, perkara itu semakin penting kerana banyak negara mengamalkan sistem first-to-file, iaitu pihak pertama yang mendaftarkan sesuatu cap dagangan lazimnya memperoleh hak eksklusif terhadap jenama berkenaan.

JCIP International kini memberi khidmat nasihat kepada pelbagai sektor termasuk teknologi, perisian, pembuatan, makanan dan minuman, penjagaan kesihatan, pendidikan, runcit serta e-dagang, melibatkan syarikat pemula, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) hingga syarikat antarabangsa.
Selain khidmat perundingan, firma itu turut aktif meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan harta intelek melalui program keusahawanan, forum industri dan inisiatif berkaitan eksport.
Komitmen JCIP International turut mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila firma itu dan Joyi Cheah diiktiraf oleh IP STARS, salah satu panduan profesional harta intelek terkemuka dunia.
Dengan pendekatan IP Beyond Borders, JCIP International berhasrat membantu perniagaan melihat perlindungan cap dagangan bukan sekadar formaliti undang-undang tetapi sebagai strategi penting untuk membina jenama yang mampu berkembang di Malaysia, Asia Tenggara dan pasaran global.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |










