BERITA SEMASA

Noraini seru Wanita UMNO bantu Najib bayar denda RM50 juta

KUALA LUMPUR – Wanita UMNO Malaysia menyambut dengan penuh kesyukuran keputusan yang membolehkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman menerusi tahanan di rumah.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, pihaknya merafak sembah menjunjung kasih ke hadapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas limpah perkenan itu.

Menurutnya, keputusan berkenaan memberi kelegaan besar kepada Najib, keluarga serta seluruh keluarga UMNO yang tidak pernah berhenti mendoakan beliau.

“Wanita UMNO menyokong penuh inisiatif parti seperti yang diumumkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, untuk melancarkan Tabung Sumbangan bagi membantu Najib melunaskan denda RM50 juta,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut menyeru seluruh kepimpinan dan ahli Wanita UMNO di semua peringkat supaya bersama-sama meringankan beban Najib dan keluarganya dengan menyumbang secara sukarela mengikut kemampuan melalui saluran rasmi yang akan diumumkan parti.

“Marilah kita menyambut perkembangan ini dengan penuh tertib, menjaga adab dan terus menghormati segala proses serta syarat yang telah ditetapkan.

“Daulat Tuanku,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button