HIBURAN

Anak perempuan Norlia Ghani meninggal dunia akibat kanser usus

KUALA LUMPUR – Anak perempuan pelakon veteran, Norlia Ghani, 78, dilaporkan meninggal dunia akibat kanser usus di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, di sini pagi tadi.

Menurut Norlia, beliu reda dengan ketentuan tersebut memandangkan keadaan kesihatan anaknya, Allahyarham Norlina Ramli, 57, sudah semakin merosot akibat penyakit berbahaya itu.

pelakon veteran
Norlia reda dengan pemergian anaknya.

“Saya reda kehilangan anak, Norlina Ramli yang kembali ke Rahmatullah pada pukul 8.05 pagi ini akibat sakit kanser usus yang sudah lama dihidapinya.

“Arwah pergi menghadap Allah SWT dalam keadaan mudah dan tenang. Kami semua ahli keluarga pun sudah bersedia sejak awal kerana doktor memaklumkan segala kemungkinan.

“Norlina pun sudah dirawat di hospital sejak beberapa bulan lalu dan penyakit kanser ususnya juga dilaporkan sudah merebak dalam badan.

“Jadi, doktor pun sudah tidak boleh melakukan apa-apa rawatan lagi. Maka, pemergian arwah bukan satu kejutan. Saya memang sudah bersedia dan reda sahaja,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Beliau yang juga ibu kepada pelakon dan pengarah, Rusdi Ramli memohon agar orang ramai menghadiahkan bacaan Al-Fatihah selain mendoakan roh anaknya dicucuri rahmat oleh Yang Maha Esa.

Menurutnya lagi, Allahyarham Norlina meninggalkan seorang anak lelaki.

Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate selepas solat Zohor.

Terdahulu, Norlia berkongsi berita sedih mengenai pemergian anaknya itu menerusi hantaran ringkas yang dimuat naik di Facebook.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button