JENAYAH & MAHKAMAH

Jasad remaja hilang ketika memancing ditemukan di kawasan Empangan Sungai Kobat

KUANTAN – Jasad remaja lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ketika memancing bersama rakan di Sungai Kuantan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Talam, di sini, ditemukan tengah hari tadi.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintenden Mohd Adli Mat Daud, jasad Muhammad Isyraf Danish Razmi, 15, ditemukan pukul 12.40 tengah hari di kawasan Empangan Sungai Kobat, kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dipercayai tergelincir.

Jasad mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses pengecaman dan bedah siasat.

“Penemuan ini merupakan hasil kerjasama erat antara agensi penyelamat termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Marin dan bantuan orang awam.

“Pihak polis merakamkan penghargaan kepada semua agensi penyelamat dan masyarakat setempat yang terlibat dalam usaha menyelamat ini,” katanya.

Terdahulu, pihak bomba menolak dakwaan kes lemas tersebut mempunyai kaitan dengan serangan buaya sebagaimana tular di media sosial.

Pengarah JBPM Pahang, Mohd Razam Taja Rahim berkata, tiada bukti kukuh bahawa reptilia terbabit dalam kejadian itu.

Ketika kejadian air sungai dpercayai sedang surut dan mangsa dipercayai tergelincir ekoran keadaan tebing sungai yang licin.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button