BERITA SEMASA

Tun Daim meninggal dunia pada usia 86 tahun

PETALING JAYA – Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia pada usia 86 tahun.

Peguam mewakili Daim, Datuk Dr. Gurdial Singh Nijar mengesahkan perkara itu.

Beliau difahamkam meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Hospital Assunta, Petaling Jaya pada pagi ini.

Daim berkhidmat sebagai Menteri Kewangan dua kali, yang pertama dari 1984 hingga 1991 di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di mana beliau memainkan peranan penting dalam mengurus ekonomi Malaysia dan melaksanakan pelarasan struktur.

Beliau kemudian kembali untuk penggal kedua dari 1999 hingga 2001, sekali lagi di bawah Dr Mahathir, untuk menangani isu ekonomi berikutan krisis kewangan Asia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button