BERITA SEMASA

Pemilik rangkaian restoran Mohd Chan meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Pemilik rangkaian restoran Mohd Chan, Datuk Mohd Chan Abdullah meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada pukul 7 petang tadi. 

Berita sedih itu dikongsikan menerusi kenyataan rasmi oleh ahli keluarganya.

“Kami amat menghargai doa dan ucapan takziah daripada semua pihak. Pengurusan selanjutnya akan dimaklumkan kemudian,” menurut kenyataan bersama yang ditandatangani Datin Aminah Lee, Datuk Mustafa Chan, Datuk Muhammad Nik Chan, Puan Eliza Chan dan keluarga.

Sementara itu di jenazah Allahyarham difahamkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Bukit Kiara di sini.

Allahyarham merupakan seorang tokoh yang disegani dan dikenali ramai kerana sumbangan beliau dalam pelbagai bidang.

Sepanjang hayatnya, arwah turut banyak membantu masjid dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melalui pelbagai bentuk sumbangan.

Semoga segala amal jariah beliau diterima sebagai bekalan di alam akhirat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button