BERITA SEMASA

[KEMAS KINI] Jaafar Onn meninggal dunia

SERDANG – Pelakon dan pengacara veteran, Jaafar Onn,73, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sultan Idris Shah di sini pada kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Berita pemergian Allahyarham disahkan oleh anak angkatnya, Mohamad Hanif Hashim.

Hanif memberitahu, Allahyarham ditahan di wad Hospital Sultan Idris Shah Serdang sejak kelmarin, akibat pendarahan semasa membuang air besar.

Sebelum ini, Jaafar mengakui mengalami masalah injap jantung yang mengakibatkan kakinya membengkak sehingga perlu menggunakan kerusi roda sejak enam bulan lalu.

Berikutan itu, Jaafar berkata, dia perlu menjalani beberapa prosedur rawatan di hospital untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan kesihatannya yang merosot, sejak tahun lalu.

Kesihatan pelakon yang terkenal menerusi drama bersiri ‘Cili Padi’ itu mula merosot sejak Oktober lalu, selepas dimasukkan ke Hospital Serdang akibat sesak nafas

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button