Meninggal dunia selepas solat Isyak, pemergian jemaah masjid dianggap husnul khatimah
KOTA KINABALU – Suasana tenang di Masjid Jamek Kampung Likas, di sini bertukar hiba apabila seorang jemaah tetap masjid berkenaan dilaporkan meninggal dunia sejurus selesai menunaikan solat Isyak, malam tadi.
Perkara itu dimaklumkan menerusi satu perkongsian di laman Facebook rasmi masjid berkenaan yang menyatakan Allahyarham merupakan antara jemaah yang istiqamah hadir setiap hari untuk menunaikan solat fardu secara berjemaah.
Menurut kenyataan tersebut, pemergian Allahyarham disifatkan sebagai satu keberuntungan besar apabila menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan menuju masjid dan selepas menunaikan solat fardu Isyak, lebih-lebih lagi pada malam Jumaat serta dalam bulan Ramadan yang mulia.
“Arwah salah seorang jemaah yang rutin hariannya hadir ke masjid untuk menunaikan solat fardu.
“Pemergian Allahyarham ini adalah keuntungan yang besar menuju ke masjid, selepas menunaikan solat fardu Isyak pada malam Jumaat dan bulan yang mulia bulan Ramadan. Semoga Allah menerima segala amal kebaikannya. Al-Fatihah,” menurut perkongsian itu.
Perkongsian berkenaan turut dihujani ucapan takziah daripada orang ramai yang menyifatkan pemergian tersebut sebagai husnul khatimah dan sesuatu yang dicemburui umat Islam, kerana dijemput Ilahi ketika berada di rumah Allah, lebih-lebih lagi pada malam Jumaat dan hari pertama Ramadan.
“Masya-Allah kematian yang dicemburui. Al-Fatihah. Salam takziah buat keluarga arwah,” komen seorang pengguna Facebook.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








