Tun Mohamed Hashim meninggal dunia
CYBERJAYA – Bekas Panglima Angkatan Tentera, Tun Mohamed Hashim Mohd. Ali, 90, menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, hari ini.
Berita pemergian Allahyarham disahkan ahli keluarga terdekatnya, sebentar tadi.
Difahamkan, Allahyarham sebelum ini dimasukkan ke hospital sejak semalam susulan serangan strok.
Allahyarham merupakan adik kepada isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Hasmah.
Allahyarham juga salah seorang wakil Kerajaan Malaysia yang menandatangani Perjanjian Damai Hatyai pada 2 Disember 1989, mewakili tentera Malaysia sebagai Panglima Angkatan Tentera ketika itu.
Perjanjian itu adalah untuk menamatkan gerakan bersenjata Parti Komunis Malaya setelah lebih 41 tahun ancaman komunis di negara ini.
Selain , Allahyarham turut dianggap antara tokoh utama di sebalik penganjuran Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








