BERITA SEMASA

Pengasas Big Blue Taxi, Shamsubahrin meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Pengasas Big Blue Taxi, Shamsubahrin Ismail meninggal dunia pada pukul 1.32 petang tadi di Hospital Kuala Lumpur.

Berita duka itu dikongsi Ehailing.fm dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.

Katanya, Allahyarham dipercayai meninggal dunia kerana mengalami pelbagai implikasi penyakit sejak kebelakangan ini.

“Difahamkan setakat pukul 3 petang ini jenazahnya masih berada di HKL.

“Ehailing.fm menzahirkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarganya,” katanya.

Dalam pada itu katanya, jenazah telah di bawa ke kediamannya di Bukit Jelutong, Shah Alam dan akan dikebumikan di Bukit Kiara pagi esok.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button