Penyanyi rap Nico meninggal dunia dalam tidur
KUALA LUMPUR – Penyanyi rap yang juga anggota kumpulan Nico G, Nico, 52, meninggal dunia dalam tidur di Kampung Baru, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 malam tadi.
Berita pemergian Allahyarham Nico atau nama sebenarnya, Abdul Fashah Abdul Aziz disampaikan menerusi kenyataan di akaun rasmi NICO G di Facebook hari ini.
Difahamkan, Allahyarham yang singgah ke rumah rakannya di Kampung Baru tidak bergerak ketika cuba dikejutkan.
Jenazah kemudian akan dimandikan dan disolatkan di Masjid Jamek Kampung Baru di ibu negara pada jam 12 tengah hari ini.
Nico mencipta populariti bersama kumpulan Nico pada awal 1990-an yang turut dibarisi Affa dan Dino.
Kumpulan Nico mula aktif pada awal 1990-an dan pernah menghasilkan tiga album.
Mereka antara kumpulan terawal yang mempopularkan genre rap dengan lagu mereka seperti Ini Nasibku, Alamak dan Untukmu Sayang.
Nico juga pernah menyertai program realiti Gegar Vaganza musim ke-lapan (GV8) namun menjadi peserta pertama tersingkir.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







