Guru wanita ditemukan meninggal dunia di sekolah
HULU SELANGOR – Seorang guru wanita berusia lingkungan 30-an ditemukan meninggal dunia di sebuah sekolah di daerah ini, semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan M. Manimaran, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang wanita pukul 7.15 pagi semalam berhubung kejadian itu.
Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan hospital berkenaan.
“Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku di bilik guru yang terletak di tingkat satu sekolah terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.
Menurutnya, bedah siasat terhadap mangsa selesai dijalankan pukul 5.30 petang semalam di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh, bagaimanapun beliau tidak mendedahkan punca kematian wanita berkenaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di talian 03-60641222 atau Ketua Balai Polis Kerling, Sarjan Mejar Halim Khan Hazam Khan di talian 03-60481222.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |
















