Wadar penjara ditemukan meninggal dunia di rumah dinaiki air banjir
KUANTAN – Seorang wadar Penjara Penor ditemukan maut selepas pulang untuk melihat keadaan rumahnya yang dinaiki air di Taman Seri Inderapura, di sini hari ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah, mangsa, Muhammad Hariri Kamarudin, 26, ditemukan bapanya dalam keadaan tertiarap di dalam air di ruang tamu rumah.
Berdasarkan laporan, Ashari berkata, mangsa dikatakan keluar bersendirian dari pusat penempatan sementara (PPS) ke rumahnya untuk melihat keadaan rumah yang dinaiki air kira-kira 0.3 meter.
“Pada pukul 10 pagi, bapa mangsa mendapati mangsa belum pulang ke PPS dan menghubungi anaknya tetapi gagal.
“Ayah mangsa kemudian pulang ke rumah dan mendapati mangsa dalam keadaan tertiarap di dalam air di kawasan ruang tamu rumah,” katanya, hari ini.
Tambahnya, ayah mangsa dengan dibantu orang awam telah mengangkat jasad mangsa ke dalam kenderaan sebelum dibawa ke PPS.
Katanya, pihak polis yang tiba di PPS mendapati mangsa terbaring di tempat duduk belakang kenderaan jenis Mitsubishi Triton.
Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan jasad mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








