BERITA SEMASA

Najib sifatkan Pak Lah seperti abang, teman rapat ketika susah dan senang

KUALA LUMPUR – “Amat sedih bila diberitahu pemergian mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pak Lah adalah teman, mentor dan pemimpin yang dihormati. Secara peribadi, Pak Lah amat rapat dengan kami sekeluarga.”

Demikian ucapan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak susulan pemergian Allahyarham yang telah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara pada malam semalam.

Bekas Perdana Menteri keenam itu berkata,
dalam politik dan pentadbiran, Allahyarham seorang yang berintegriti dan kepimpinannya bukan sahaja berteraskan akauntabiliti malah mengutamakan kecemerlangan.

“Bersandarkan kepada semangat dan prinsipnya juga yang menjadi antara beberapa faktor mendorong kepada terlahirnya prinsip pentadbiran 1 Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook Najib Razak semalam.

Dalam hantaran sama, Najib berkata, Allahyarham akan sentiasa dikenang dengan sumbangannya kepada agama, bangsa dan negara.

“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Pak Lah dan rakan-rakan. Marilah kita sama-sama doakan semoga Allah ampunkan segala dosa Allahyarham, menerima amalan beliau, mengangkat darjatnya di sisi Allah dan dikurniakan syurga.

“Malaysia kehilangan seorang pemimpin yang berwibawa. Al-fatihah,” ujarnya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button