JENAYAH & MAHKAMAH

Pelajar IPTS ditemukan maut jatuh hotel

GEORGE TOWN – Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 21 sebuah hotel di Tanjong Bungah, di sini semalam.

Menurut portal MG, mayat wanita berusia 24 tahun itu ditemukan orang ramai dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah pada pukul 3.35 petang sebelum memaklumkan kejadian kepada pihak polis.

Difahamkan, mangsa yang menuntut di sebuah IPTS di ibu negara pergi ke hotel berkenaan bersama rakan lelakinya yang juga berusia 24 tahun dan kejadian berlaku tidak lama selepas mereka mendaftar masuk ke bilik.

Bagaimanapun, lelaki tersebut hanya menyedari rakannya itu adalah mangsa kejadian selepas melihat orang ramai berkumpul di tingkat bawah selain turun ke tempat kejadian bagi mendapatkan kepastian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, siasatan awal polis tidak menemukan sebarang unsur jenayah dalam kes tersebut.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan bedah siasat ke atas mangsa dilakukan di Hospital Pulau Pinang hari ini.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi berhuhung kejadian tersebut untuk menjaga sensitiviti keluarga mangsa,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button