JENAYAH & MAHKAMAH

Kes kanak-kanak ditemukan meninggal dunia dalam kereta, polis rakam percakapan 7 individu

SEREMBAN – Polis sudah merakam percakapan tujuh individu bagi membantu siasatan kes kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal di dalam kereta di Jalan Tunku Hassan, di sini Selasa lalu.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, pihaknya buat mas aini sedang meneruskan siasatan berhubung kes berkenaan.

“Siasatan sedang berjalan dan setakat ini tujuh saksi sudah dirakam percakapan termasuklah bapa dan ahli keluarga kanak-kanak itu serta saksi bebas.

“Ibu kepada kanak-kanak berkenaan yang ditahan sebelum ini sudah dibebaskan dengan jaminan polis selepas dirakam percakapan,” katanya, hari ini.

Beliau menambah, keputusan bedah siasat yang dijalankan di Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau, Rabu lalu mendapati punca kematian kanak-kanak itu ‘undetermined’ atau masih belum dapat ditentukan.

“Justeru, polis kini sedang menunggu keputusan toksikologi. Tidak pasti berapa lama tempoh keputusan toksikologi itu akan diperolehi, tetapi mungkin mengambil sedikit masa,” katanya lagi.

Beliau berkata siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Saya mohon kepada orang ramai supaya hentikan membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian bagi membantu menjaga sensitiviti keluarga,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button