SPRM serbu kediaman individu bergelar Tan Sri
Dakwaan rasuah perolehan fleet kenderaan Kerajaan Malaysia
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) difahamkan menyerbu kediaman seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri kelmarin berhubung dakwaan rasuah mendapatkan perolehan membekal dan mengurus fleet kenderaan Kerajaan Malaysia bernilai RM4.5 billion.
Laporan portal Buletin TV3 menyebut, empat syarikat termasuk salah satu daripadanya adalah syarikat pembekal kenderaan kerajaan, turut diserbu bagi mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan.
Menurut sumber, kehadiran pegawai SPRM di kediaman ahli perniagaan yang terletak di ibu negara itu dipercayai dilakukan pada pukul 10 pagi.
Tiga lagi syarikat yang diserbu adalah entiti yang melaksanakan pelaburan membabitkan kewangan milik Tan Sri tersebut.
Sumber berkata, anggota SPRM turut merampas beberapa dokumen bagi penelitian lanjut dan melihat sama ada terdapat perlakukan rasuah dalam perolehan kontrak kerajaan.
Difahamkan, Tan Sri berkenaan adalah pemegang saham individu tertinggi di dalam syarikat pembekal kenderaan kerajaan itu.
Susulan siasatan dilakukan SPRM, lebih 100 akaun persendirian dan syarikat yang di bawah kawalannya diperolehi SPRM bagi semakan lanjut namun tiada pembekuan akaun dibuat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








