Fahmi tidak tahu dakwaan PH-BERSATU mahu bekerjasama di Melaka
MELAKA – Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil mengakui tidak mengetahui mengenai dakwaan Pakatan Harapan (PH) sedang mengadakan perbincangan untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Beliau berkata, perkara berkenaan juga tidak dimaklumkan kepadanya setakat ini.
“Saya tidak tahu. Saya bukan PH Melaka.
“Tak dimaklumkan (dakwaan perbincangan PH bekerjasama dengan Bersatu),” katanya ringkas kepada
pemberita selepas menghadiri Kongres Nasional PKR 2026 di sini, hari ini.
Dalam perkembangan sama, Fahmi berkata beliau akan membawa beberapa pandangan serta cadangan perubahan bagi menambah baik penyampaian maklumat dalam parti.
Katanya, langkah itu termasuk memastikan isu yang paling dekat dengan rakyat dapat disalurkan dengan lebih berkesan kepada kepimpinan parti.
Beliau turut mengambil pendekatan terbuka terhadap cadangan ketua-ketua cabang yang mahu memainkan peranan lebih besar sebagai penyalur maklumat dari peringkat akar umbi.
“Saya bukan sekadar mengambil maklum, tetapi berterima kasih terutama kepada ketua-ketua cabang yang menyatakan hasrat untuk memainkan peranan lebih besar sebagai penyalur maklumat.
“Memang sebelum ini pun ada, tetapi mungkin mereka perlukan satu hubungan yang lebih formal untuk memastikan isu di peringkat Parlimen dapat diketahui oleh kami di Putrajaya dan seterusnya diusahakan penyelesaiannya,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








