
Cuba lari dari diperiksa polis jadi punca kemalangan maut
SARIKEI – Cubaan melarikan diri daripada diperiksa anggota polis peronda dikenalpasti menjadi punca kemalangan yang mengorbankan lapan individu di Jalan Sarikei Sibu, Lebuhraya Pan Borneo, di sini semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Sarikei, Supritenden Aswandy Anis, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang terlibat dalam kemalangan itu memasuki lorong bertentangan di lebuhraya berkenaan bermula daripada Lencongan di Simpang Bulat.
“Apabila sampai di Jambatan Sungai Nyelong, Lebuhraya Pan Borneo, kederaan MPV yang dipandu seorang lelaki itu telah bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dinaiki seorang lelaki dan seorang wanita.
“Akibat kemalangan itu, kesemua pemandu dan penumpang MPV berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh kakitangan Hospital Sarikei manakala pemandu dan penumpang Hilux hanya mengalami kecerderaan ringan,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.
Aswandi berkata, kesemua mayat mangsa dibawa ke Hospital Sarikei untuk proses bedah siasat dan kes terbabit kini disiasat dibawah Seksyen 41(1)Akta Pengakutan Jalan 1987.
Pihak polis turut menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu untuk menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Ahmad Mustaqim Idris di talian 010-4427240 atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








