BERITA SEMASADALAM NEGERI

KDN sambut baik arahan PM teliti balik perolehan, sedia kaji untuk elak penyelewengan

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyambut baik arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meneliti serta menambah baik sistem perolehan bagi memastikan tatakelola yang lebih telus dan berintegriti.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, usaha berkenaan selari dengan agenda reformasi Kerajaan MADANI yang menekankan kebertanggungjawaban, kecekapan dan integriti dalam pengurusan kewangan awam.

“Setiap sen wang rakyat mesti dipertanggungjawabkan ini teras Kerajaan MADANI dan juga komitmen peribadi saya dalam memikul amanah sebagai Menteri Dalam Negeri,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Menurut beliau, KDN sentiasa memberikan komitmen penuh bagi memastikan sistem perolehan dilaksanakan berasaskan tatakelola yang telus, berintegriti serta bebas daripada sebarang ruang penyelewengan.

“Sehubungan itu, saya akan mengambil langkah-langkah susulan yang perlu bagi memastikan sebarang penambahbaikan dapat dilaksanakan secara teratur, berfasa dan berteraskan kepentingan rakyat,” katanya.

Tambah beliau, tatakelola yang kukuh merupakan asas kepada kepercayaan rakyat dan KDN memikul tanggungjawab tersebut sepenuhnya.

Baca juga : SPRM bantu MINDEF perkukuh tadbir urus, bersih rasuah

Semalam, Anwar mengumumkan kerajaan mengarahkan semua keputusan perolehan membabitkan tentera, polis serta agensi berkaitan yang terkait dengan isu rasuah, dibekukan sementara.

Perdana Menteri berkata, ia bagi membolehkan perkara terbabit diteliti serta disusun semula bagi memastikan peraturan proses perolehan dipatuhi sepenuhnya dan bebas daripada unsur rasuah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button