PM umum gaji penjawat awam bakal naik lebih 13 peratus
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrabim mengumumkan gaji penjawat awam akan dinaikkan pada kadar lebih 13 peratus membabitkan peruntukan sebanyak RM10 bilion bermula Disember tahun ini.
Menurut Anwar yang juga Menteri Kewangan, pendapatan menyeluruh penjawat awam meliputi gaji dan elaun tetap juga harus melebihi RM2,000 sebulan.
“Sejarah kenaikan paling tinggi sebelum ini adalah 13 peratus dan tahun ini, saya akan mengumumkan kenaikan lebih tinggi daripada 13 peratus.
“Pada masa ini, jumlah pendapatan minimum, meliputi gaji dan elaun tetap penjawat awam sedia ada adalah RM1,795 sebulan. Di bawah SSPA yang sedang diperincikan, Kerajaan akan meningkatkan gaji bagi memastikan jumlah pendapatan minimum penjawat awam melebihi RM2,000 sebulan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Sambutan Hari Pekerja 2024 bertema ‘Pekerja Kesuma Bangsa’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.
Dalam pada itu Anwar berkata, kerajaan Sabah dan Sarawak telah bersetuju untuk membuat pindaan ke atas Ordinan Buruh Sabah (Ordinan Cap.67) dan Sarawak (Ordinan Bab 76) untuk diselaraskan dengan Akta Kerja 1955 yang terpakai di Semenanjung Malaysia.
Katanya, RUU Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 dan RUU Ordinan Buruh Sarawak akan dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








