JENAYAH & MAHKAMAH

Suspek utama kes jasad dililit dengan jaring direman 6 hari

BATU PAHAT – Dua lelaki dipercayai suspek utama kes bunuh lelaki yang jasadnya ditemukan dalam keadaan dibungkus dan dililit dengan jaring di Sungai Tanjung Sembrong, Parit Raja, dekat sini, Isnin lalu direman di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Perintah reman selama enam hari bermula hari ini hingga Isnin depan itu dikeluarkan Majistret Mustaqim Sukarno terhadap suspek berusia 33 dan 34 tahun..

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata permohonan reman dibuat bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, kedua-dua suspek utama sebelum itu ditahan di Kluang dan Johor Bahru, semalam susulan penemuan jasad lelaki yang dilaporkan hilang pada 29 Julai lalu.

Laporan media sebelum ini menyebut, polis menerima maklumat orang awam berhubung penemuan jasad lelaki dalam keadaan mengerikan pada pukul 12.30 tengah hari.

Semakan lanjut mendapati, pada 29 Julai 2026 pukul 10.09 malam, terdapat satu laporan polis dibuat oleh seorang perempuan warga tempatan mengenai kehilangan suaminya di Mutiara Rini, Iskandar Puteri, Johor.

Pengecaman dibuat oleh waris terdekat juga mengesahkan ia lelaki yang dilaporkan hilang berdasarkan pakaian dan barangan milik mangsa yang ditemui bersama jasad berkenaan.

Polis turut menemukan beberapa kesan kecederaan di bahagian pinggang dan lengan mangsa.

Motif kejadian masih dalam siasatan polis namun tidak menolak kemungkinan pembunuhan berpunca daripada hutang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button