JENAYAH & MAHKAMAH

Polis sahkan aktiviti berbogel dalam program eHATI di IDCC Shah Alam

SHAH ALAM – Polis mengesahkan terdapat aktiviti berbogel ketika program motivasi rumah tangga (eHATI) di Pusat Konvensyen IDCC, Shah Alam, tahun lalu.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, aktiviti itu berlaku ketika ‘queens night’ dianjurkan syarikat motivasi terbabit.

“Pada majlis itu, memang ada kegiatan bogel yang dilakukan oleh empat individu, acara itu dipanggil sebagai ‘queens night’ yang dilakukan pada malam terakhir program berkenaan.

“Siasatan mendapati aktiviti bogel itu dilakukan oleh fasilitator dan juga peserta program berkenaan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Shah Alam, di sini hari ini.

Hussein berkata, syarikat itu menawarkan dua pakej kepada individu yang berminat menyertai program terbabit, dimana Pakej A berharga sekitar RM6,000 manakala Pakej B berharga sekitar RM9,000.

“Polis turut merampas pelbagai peralatan yang digunakan pada program berkenaan termasuk beberapa cecair yang digunakan sebagai minuman pada majlis berkenaan.

“Siasatan juga mendapati program ini tidak hanya memfokuskan individu beragama Islam sebaliknya ia dianjurkan kepada semua,” jelasnya.

Beliau menambah, kandungan cecair yang dirampas sudah dihantar kepada Jabatan Kimia bagi tujuan analisa.

Terdahulu, pasangan suami isteri dipercayai pengasas eHATI bersama empat individu lain direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Ameera Mastura Khamis selepas semua suspek iaitu empat wanita dan dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini.

Semua individu berkenaan berusia antara 26 hingga 57 tahun.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button