JENAYAH & MAHKAMAH

Penemuan jasad wanita dalam kebun pisang, kes dipercayai bermotifkan cemburu

Suami mangsa antara dua suspek ditahan

SHAH ALAM – Polis percaya kejadian pembunuhan seorang wanita yang jasadnya ditemukan dengan kesan jerutan di leher dalam kawasan kebun pisang di Banting, Kuala Langat, pagi semalam, bermotifkan cemburu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, setakat ini pihaknya sudah menahan dua suspek termasuk suami mangsa.

“Seorang suspek yang ditahan adalah suami kepada mangsa. Siasatan setakat ini mendapati motif kes pembunuhan ini adalah cemburu.

“Kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari,” katanya, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita warga Indonesia ditemukan mati dengan kesan jerutan di leher dalam kawasan kebun pisang.

Mohd Akmalrizal berkata, pihaknya menerima maklumat penemuan mayat wanita berusia 30-an jam 11.07 pagi.

Siasatan mendapati kejadian dipercayai membabitkan dua lelaki warga Indonesia yang bekerja sebagai tukang kebun.

“Kedua-dua suspek berusia 30-an dan 50-an kemudian ditahan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button