JENAYAH & MAHKAMAH

Polis serah kertas siasatan kematian Zara Qairina kepada TPR minggu depan

KUANTAN – Polis telah melengkapkan siasatan berhubung kematian pelajar sekolah agama, Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang dikaitkan dengan dakwaan buli di Papar, Sabah, 16 Julai lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kertas siasatan berkenaan kematian pelajar berusia 13 tahun itu akan diserahkan kepada timbalan pendakwa raya (TPR) minggu depan.

“Polis telah melengkapkan siasatan dan telah merakam keterangan daripada kira-kira 60 saksi bagi menjelaskan punca kematian Zara Qairina.

“Kertas siasatan dijangka diserahkan kepada TPR minggu depan,” katanya, hari ini.

Saifuddin Nasutiuon berkata demikian kepada pemberita selepas perbarisan tamat latihan Leftenan Muda dan Bintara Kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah, di sini hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button